Thursday, December 22, 2011

Asam Garam dalam Syarikat

EDYHAM HAZRIL ZAINUDIN anak jati dari Kuala Terengganu berumur 36 tahun merupakan seorang yang cukup berdedikasi serta berpengalaman dalam mentadbir syarikat telah menubuhkan beberapa syarikat yang terus bersaing secara sihat dalam peluang niaga yang telah diwujudkan

Tahun 2011 EHA Konsortium bertambah dari hanya sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja andaman pengantin  EHA lagi sekali berkecimpung dalam bidang membekalkan TILES CARPETS selepas beberapa tahun memiliki sebuah syarikat pembinaan yang dinamakan EHA Construction & Supply. 

Syarikat yang membekalkan carpet jenis TILES ini diberikan nama KASHMIEER CARPETS telah berjaya menyiapkan tugas di bangunan Parlimen di bawah selian TRC Resources .. tahniah buat KASHMIEER CARPETS

Demi menyahut cabaran yang terus mendatang KASHMIEER CARPETS telah memberanikan diri untuk turut sama memberi perkhidmatan kepada IPTA serta IPTS dan juga syarikat penerbangan terulung iaitu MAS ... dengan doa serta dedikasi yang berterusan tahun 2012 bakal membuat EHA Konsortium berkembang dari masa yang sama.

EHA Konsortium juga dibawah syarikat bernama EHA Trading Solution juga telah membantu banyak industri-industri percetakan serta penjilidan dalam membekalkan alatganti serta memberikan bantuan teknikal. Adalah diharapkan dengan  perkhidmatan yang diberikan kesemua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan EHA Konsortium berpuashati seterusnya memilih EHA sebagai rakan niaga dimasa-masa yang akan datang





Wednesday, December 30, 2009

HatiKU - berkata-kata....


Hari ini tinggal lagi lebih kurang 4 hari untuk aku menempuh tahun 2010 dan yang pasti tahun 2009 bakal aku tinggalkan dengan semua memori yang indah dan yang sebaliknya..

yang indah usahlah aku perkatakan kerana ia begitu indah dan sukar untuk aku menceritakanya...kurasa

aku alami begitu banyak dugaan pada tahun 2009 ni...adakah mungkin aku makin berusia jadi hal-hal yang remeh dikiranya sebagai satu dugaan pada diri aku...? aku cuba untuk menyesesuaikan diri dengan dugaan yang aku hadapi tetapi kadang2 hatiku yang rapuh ini sentiasa berdetik dengan apa yang aku alami....


Bukan bermaksud aku mengalah dengan apa yang aku hadapi tapi aku ingin cuba memahami kenapa keadaan ini membuatkan aku begitu resah, kusut bercampur marah...apakah aku tiada erti dalam kehidupan ini? adakah aku ini hanya menlengkapkan jadual untuk orang lain?

Aku selalu memikirkan tentang orang lain sehingga kadang hati aku juga terluka...satu ketika dahulu aku seakan tewas dalam diri aku kerana hanya untuk memastikan orang disekeliling aku berpuas hati...tapi apakah tindakan aku ni adalah tindakan dari hati aku yang suci? tak siapa yang bleh membacanya kecuali aku kerana aku yang memiliki hati ini...

Aku cuba memahami orang disekiling aku agar mereka-mereka ini tidak terluka dengan aku..tapi aku juga perlukan sedikit ruang dan juga kefahaman agar hatiku juga tidak disakiti...bertahun lamnya aku memendam rasa agar orang disekeliling aku tidak mengetahui maksud aku..aku juga manusia sama seperti insan yang lain memerlukan seseorang untuk memastikan jiwa aku tenteram....


aku amat sedih diketika tahun ini melabuhkan hati ini masih terasa pedih..pedih kerana orang tidak menghargai aku..mungkin aku tiada berduit dan aku sentiasa memastikan untuk berduit agar aku dapat merealisasikan permintaan disekeliling aku...


Wahai 2010 aku menyeru agar memori 2009 tidak dibawa sekali....pergilah ia bersama hari malam dan siang agar aku kembali tenang.....


Salam, EDYHAM



Thursday, December 10, 2009

Adik-beradikKU


Salam....Ketemu kembali kite dalam alam maya ni..kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai adik-beradik kandung aku yang aku kenal dah masuk 34 tahun...sebetulnya aku mempunyai 4 beradik dimana aku adalah nombor 2 dalam keluarga dan juga anak lelaki tunggal dalam keluarga En Zainudin Sulaiman dan juga Tuan Halijah Syed Othman...


Kalau nk tahu ni dia wajah En Zainudin Sulaiman yang aku panggil ABAH... dulunya bekerja di Pejabat Pos dan selepas diswastakan di panggil POS Malaysia...memang setahu aku dari muda, bujang dan sehingga pencen disinilah tempat ABAH aku mencari rezeki membesarkan anak2 dia...

Kiranya banyak gakla jase yang POS telah berikan kepada kami sekeluarga....ABAH aku ni boleh dikatakan seorang yang betul2 sabar orangnyer...hanya akan melenting atau apabila sudah sampai limitnya....yang lain diani hanya diam saja waima apa yang berlaku pada dia...

Seorang yang bertanggungjawab dalam segenap aspek...manusiakan mana ada tak buat silap....
  
Manakala kat sebelah kanan ni plak mak aku yng bernama Tuan Halijah yang aku panggil UMI...dulunya bekerja di kementerian kesihatan dan jawatan terakhir dia disana adalah sebagai sister tuan.....

Bagiku UMI ni segalanye dia buat seGALANYA dalam keluarga dari mengemas membasuh mencuci mengosok dan segala-gala lagi....kadang aku sebagai anak masa tu main mintak je nak apa...dan kadang2 bukan dulu je sampai sekarang kalu balik kg je mesti mintak tu mintak ini dgn UMI aku ni....

Umi aku ni kadang2 aku payah nak faham sebab dia kan dah otai so byk mende yg dia rasa garam dari aku..tapi ade gak kadang tak setuju angin tu biasala.Kesihatan kedua-dua org tua aku ni pun kadang2 terganggu yela umo pun dah lebih 60...masa ni mcm2 penyakit dah start datang..kedua2nya ade darah tinggi dan kencing manis...tu yg aku pun nk kene jage gak takut dapat penyakit ni awal...tapi keseluruhan abah dan umi aku masih maintain...


Kite beralih pasal kakanda yang aku sayang sorang ni nama EIZAN AZURA....keje di JPJ sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa di Putrajaya..tapi sekarang duk sambung belajar di UKM...buat master...dia ni mmg tegas dr dulu memang tak boleh nak kona2...maknanya apa2 mesti ikut buku..kadang2 tension gak yela org belajar pasal LAW di oversea tu la yg duk ikut buku seme...camnerpun aku suka sebab aku hanya ada sorang ni je kakak dalam hidup aku..abang takde sebab memang tidak dikurniakan...

kakak aku dah kawin ada 4 org anak..nama Amalin Sofiya, Jasmin Khalida, Sara Effa dan yang paling kecik anak sedara aku Mohd Mushrif....tula yg paling kecik...kirenya kalau campur dengan anak aku ABAH dan UMi ada 6 orang cucu kesemuanya....


Aku ada adik dua orang salah seorangnya nama EIZAN NADIA...dia ni seme sijil dia ade diploma pu begitu...sekarang diani tolong kakak aku jage dan tengokkan anak sedara sebab maid kakak aku takder....jadi dianilah yang amik tugas jage dan tengokkan serta masakkan untuk diaorg kire nasib baik ada diani ada jugak orang yg nolong ditika kesusahan....

Adik aku si Ena yang aku panggil ni BIG size...kadang2 kesian kat dia aku slalu gak nasihat untuk turunkan berat badan dan yang aku tahu sekarang dia duk gi ke Putrajaya Hospital untuk Klinik Obesiti dan yang aku tahu jugak sekarang dah ade penurunan dari program yang dia ikut selama ini...berjaya jugak dia kurangkan berat badan...diani memang dari kecik chubby dan sampai besar chubby.....

hati aku selalu berkata nak tengok sangat dia berjaya macam org lain ade kerjaya dan kehidupan sendiri aku selalu doakan walaupun aku tahu kadang2 adik beradik aku nyampah dengan perangai aku yang tak ketengah ketepi tapi jauh di sudut hati aku...aku nak dia berjaya paling koman macam aku...

aku ni taklah kaya sangat tapi bolehlah nak hidup mencari wang kadang2 kesihatan pun terganggu sebab aku tak belajar pandai macamana dengan adik beradik dan kakak aku...aku kene usaha sendiri untuk menikmti macamana orang lain dapat..tula aku nak pesan kat diri aku supaya pastikan anak2 berjaya jadi insan yang berguna kalu tak sesal macam aku tak kaya..orang pun taknak dekat.....

Aku selalu terfikir langkah bestnye kalau dunia ni tak berputar statik mcmtu je...maknanya dialam remaja..ye la dikala bumi berputar disitu jugak umor kite bertambah dan disitu la pula kita akan menempa berbagai dugaan dalam kehidupan.....itulah kehiduan didunia...

Ditika umor aku telah mencecah 34 tahun aku belajar satu perkara yang jelas untuk memuaskan hati semua adalah sesuatu yang cukup payah sehingggakan kite kadang2 perlu meletakkan hati kite ni ditepi agar org lain disekeliling kite berpuas hati...aku tahu hidup ini bukanlah sesuatu yang indah tetapi aku sentiasa mencuba untuk mengindahkannya agar aku terus berada didalam keindahan...

Kepada adik beradik yang aku sayangi...teruskan kehidupan ini dengan penuh kesabaran kadang kite ini selalu dihempas badai....ingatlah satu perkataan dari aku.."Aku Sayang Kamu".........

Last sekali aku crite plak pasal adik bongsu aku ni namanya EIZAN LIYANA dia ni baru dapat PTD ket Jabatan Kehakiman...banggalah UMI aku nak tgk anak keje kerajaan....aku je yang selalu melawan taknak keje kerajaan yela dengan kelulusan aku mana boleh dapat gaji mcm diaorg ni..setakat PA boleh la....nak hidup kat KL dgn gaji kecik mau pengsan aku...

Adik bongsu yang aku sayang ni baru je dapat PTD dan aku selalu doakan dia sukses dan dapat puaskan hati kedua orang tua aku...aku mungkin diantara orang yang tak dapat puaskan hati mereka..kadang2 aku manusia ada selalu salah dan silap tapi aku kene teruskan kehidupan aku....jauh disudut hatiku aku memang menyayangi mereka semua...


Ada satu mende yang aku nak ko orang tahu...dalam hidup kite mungkin kite boleh cari atau ganti dengan apa yang kite ade sekarang..tapi sejujurnya aku cakap aku tak boleh cari ABAH dan UMi yang lain kerana terlalu banyak pengorbanan yang dia telah buat terhadap aku secara sedar atau sebaliknya...dialah yang terbaik dlam hidup aku kerana dialah aku ade di DUNIAni dan kerana mereka jugalah au dikurniakan sepasang anak dan isteri dengan IZIN yang MAHA ESA.....

salam Luv and MISS u all 


Tuesday, December 8, 2009

KeluargaKU


Ni anak aku nombor 2 nama NAQUIDDIN NAIF dilahirkan pada 3 Mei 2002 di Kuala Lumpur konon2nya orang KL la ni sebab sampai sekarang kalau gaduh dengan kakak dia mesti cakap dia org KL..tah apa2tah...

Dalam keluarga dia ni kadang2 org panggil Iddin kekadang adik..yella belum ada yg ke tiga itula sebab dipanggil adik...kalau dah ade no 3 mesti takhta di rampas....

Si Iddin dulunya sekolah di SK Jln 4 Bangi cerdiknya dia ni nak sekolah pagi...mcm2 alasan dia bagi...sebab si kakak next year darjah 4 dah sekolah pagi so dia pun nak jugak pagi...untuk memuaskan hati dia..aku terpaksa tukarkan dia dgn kakak ke SK Presint 8 (2) di putrajaya....so semua pagila dari darjah satu sampai enam....

Hobi si Iddin ni memang pelik apa yang aku suka dia akan pastikan suka jugak kalu aku pakai phone baru dia pun nak jugak apa yg aku ade dia mesti ade...kadang2 pening jugak layan dia tapi pasrah jela sebab dia sajala anak lelaki aku setakat ni....lain tahun tak tahu lagi...ade ke yg no 3?????.....

apa yang aku kenal dengan anak aku ni dia selalu tanya sesuatu yang aku rasa budak seumur dia tak terfikir pun..kalau PDA atau netbook semua dia dah explore..ada email, facebook dan yang terbaru dia tengok aku buat blogger ni pun dia sibuk nak suh aku ajar...padahal aku pun sendiri baru belajar dari bini aku...


Yang sebelah kanan ni plak anak sulung aku nama NURIN KAMILA dilahirkan pada 26 Ogos 2000 di Kuala Terengganu...kira ni anak jati Ganu Kite la ni...sebab kad pengenalan terang2 no 11 hahahah...diani kalau dalam family kadang2 panggil kakak kadang2 Nurin dan yang paling best dia suh aku panggil MILA...ala mcm penyanyi AF tu....crite kegemaran dia ni mmg la cite "Kau Dan Aku"

Dia ni memang ringan tulang kalau aku suh buat something tak pernah nak bantah..mungkin memang perempuan kot macam tu....aku mmg bersyukur dikurniakan sepasang anak yang mmg sentiasa hiburkan aku bila aku penat balik dari kerja....ade saja mende yang nak diceritakan oleh mereka berdua......

Dalam hidup diani semua mesti ada warna "pink" dari bilik sampai yang lain..klu nk beli hadiah cukup senang janji ada warna pink dah cukup

Tapi dua2 anak aku ni biasa la seperti ombak dilautan kadang2 tu mari jugak angin taufan mulalah diaorg ni bergaduh sesama sendiri..kadang2 isu bukannya besar sgt tak masuk akal pun..berebut bantal..berebut bilik air dan bermacam2 berebut lagi....tapi aku mmg seronok sbb dr situ aku mengenali mereka lebih dalam....

Aku pun terfikir itula aku semasa diusia mereka mungkin lagi teruk dari tu aku bikin mak & ayah aku pusing kepala fikirkan perangai anak jantan dia seorg ni.....
 


Yang kat atas ni plak isteri gua a.k.a gelfren akula...dah 10 tahun aku kenal dia secara sah semenjak 2.12.1999..ni mak kepada putera dan puteriku la....sekampung, sesekolah tapi bukan sekelas...makan gaji sama aku tapi bidang berlainan dia bank aku kilang je...tapi dengan satu matlamat mencari rezeki untuk keluarga...

Diwaktu hari minggu gelfren aku kadang2 sibuk dgn bisnes pengantinnyer...ak pun tumpang sekaki klu ade job amik gambar aku pun turut serta paling koman pun aku jadi drebar..best gak angkut dua2 anak tunggu sambil layan DVD dalam kete...takpun naik shopping complex klu dlm KL la.....klu luar duk dalam bilik hotel sambil tunggu gelfren aku siap keje dia....

Kalu dirumah gelfren aku segalanya dari ngemas,gosok baju, jemur baju dia buat semua maklumlah maid dah tamat kontrak...aku cuma bantu kerja-kerja yang aku tak nyatakan kat atas...kire ada jadual la nak kene ikut
itulah aku rasa serba sedikit mengenai keluargaKU...

SALAM





Sunday, December 6, 2009

First time ber BLOG

Aku sebenarnya bukan pandai sangat nak berblog ni baru je belajar dgn WIFe aku yg mmg pandai pasal2 IT tapi mmg malas kalau kat umah...tupun puas aku pujuk suh ajar aku buat BLOG ni..

Anyway thanks to my beLOVED wife sebab sebenarnya..kalau tak tanya dia pun boleh buat..atleast aku dgn umo sekarang taklah tau sangat nak berBLOG ni....


Ni adalah permulaan dari aku dan akan ada coretan yang seterusnya...