Wednesday, December 30, 2009

HatiKU - berkata-kata....


Hari ini tinggal lagi lebih kurang 4 hari untuk aku menempuh tahun 2010 dan yang pasti tahun 2009 bakal aku tinggalkan dengan semua memori yang indah dan yang sebaliknya..

yang indah usahlah aku perkatakan kerana ia begitu indah dan sukar untuk aku menceritakanya...kurasa

aku alami begitu banyak dugaan pada tahun 2009 ni...adakah mungkin aku makin berusia jadi hal-hal yang remeh dikiranya sebagai satu dugaan pada diri aku...? aku cuba untuk menyesesuaikan diri dengan dugaan yang aku hadapi tetapi kadang2 hatiku yang rapuh ini sentiasa berdetik dengan apa yang aku alami....


Bukan bermaksud aku mengalah dengan apa yang aku hadapi tapi aku ingin cuba memahami kenapa keadaan ini membuatkan aku begitu resah, kusut bercampur marah...apakah aku tiada erti dalam kehidupan ini? adakah aku ini hanya menlengkapkan jadual untuk orang lain?

Aku selalu memikirkan tentang orang lain sehingga kadang hati aku juga terluka...satu ketika dahulu aku seakan tewas dalam diri aku kerana hanya untuk memastikan orang disekeliling aku berpuas hati...tapi apakah tindakan aku ni adalah tindakan dari hati aku yang suci? tak siapa yang bleh membacanya kecuali aku kerana aku yang memiliki hati ini...

Aku cuba memahami orang disekiling aku agar mereka-mereka ini tidak terluka dengan aku..tapi aku juga perlukan sedikit ruang dan juga kefahaman agar hatiku juga tidak disakiti...bertahun lamnya aku memendam rasa agar orang disekeliling aku tidak mengetahui maksud aku..aku juga manusia sama seperti insan yang lain memerlukan seseorang untuk memastikan jiwa aku tenteram....


aku amat sedih diketika tahun ini melabuhkan hati ini masih terasa pedih..pedih kerana orang tidak menghargai aku..mungkin aku tiada berduit dan aku sentiasa memastikan untuk berduit agar aku dapat merealisasikan permintaan disekeliling aku...


Wahai 2010 aku menyeru agar memori 2009 tidak dibawa sekali....pergilah ia bersama hari malam dan siang agar aku kembali tenang.....


Salam, EDYHAM



1 comment: